KUALA LUMPUR – Atlas Vending akan berganding bahu dengan para pelajar universiti melalui peraduan ‘ATLAS Greenovate My Campus Contest’ untuk memperluaskan kesedaran perlindungan alam sekitar khususnya kampus universiti mereka.

Pertandingan ini akan berlangsung dari 23 Mac 2023 sehingga 22 April 2023, sempena Earth Hour tahun ini yang bertemakan ‘Shape Our Future’.

Earth Hour adalah satu gerakan untuk menggalakkan seluruh manusia di bumi ‘memberikan satu jam demi bumi’ melalui aktiviti ‘detik tanpa lampu’ bertujuan mendidik dan membina kesedaran mengenai isu alam sekitar

Para pelajar yang berminat boleh menghantar cadangan ‘bagaimana menjadikan kampus anda lebih lestari’ melalui ATLAS Vending Facebook page (dengan persembahan slaid atau karangan esei) dan satu video ringkasan cadangan berdurasi satu minit dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.

Untuk memupuk minat dan membantu dalam memberikan kesan positif terhadap alam sekitar, ATLAS Vending akan memilih beberapa cadangan yang bernas daripada universiti-universiti dan memberikan dana sebanyak RM10,000 untuk merealisasikan inisiatif ini.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkata, Earth Hour secara menyeluruh adalah untuk mendidik komuniti sambil memberikan pendedahan kepada masyarakat.

“Dengan penglibatan generasi muda secara aktif untuk berkongsi idea-idea dan pendapat mereka tentang cara menghijaukan kampus universiti mereka, kami akan memberikan peluang-peluang kepada pemimpin-pemimpin masa hadapan negara untuk mengambil langkah yang positif dan membina sebuah dunia yang aman damai bersama alam semula jadi.

“Marilah bersama berjuang untuk melindungi dan memelihara bumi yang indah ini dengan meneladani Earth Hour sebagai peringatan kepada semua. Ambillah tanggungjawab dan buatlah perubahan yang positif,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, sepanjang tempoh Earth Hour pada 25 Mac lalu, Atlas Vending telah menutup 150 mesin layan diri di seluruh universiti-universiti di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru dan Pulau Pinangselama sejam bermula dari 8.30 malam, selaras dengan gerakan global untuk menyemarakkan perubahan-perubahan positif demi alam sekitar melalui cara-cara penggunaan tenaga.

Tambahan lagi, AtlasS Vending juga telah melancarkan kempen kebajikan bermula dari 23 Mac 2023 sehingga 22 April 2023, melalui kerjasama dengan Green Hero, sebuah NGO yang membantu dalam pengelakan pembaziran makanan.

Semua pendapatan menerusi jualan minuman yang dikumpul daripada mesin-mesin layan diri Atlas semasa tempoh kempen ini, akan didermakan kepada Green Hero. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast