Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap lima pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1,059,675.25 antara 2014 hingga 2017.

Tertuduh, 65, tahun berdepan dengan lima pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti penggubahan wang haram menggunakan empat cek bank tempatan dan satu serahan wang secara tunai.