ACFTA
Bangunan MITI

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dijenamakan semua dan kini ia dikenali sebagai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri

Walaupun namanya berubah namun kementerian itu masih mengekalkan akronim dalam bahasa Inggeris, Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI).

Menurut satu kenyataan, penjenamaan itu bertepatan dengan fungsi kementerian tersebut yang menjadi peneraju dan bertanggungjawab untuk menggalakkan kemasukan pelaburan
asing, memperkasakan pelaburan tempatan, memantapkan perdagangan antarabangsa dan memperkasakan pembangunan industri yang lestari dan mampan.

“Keputusan ini juga adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk merancakkan lagi aktiviti penggalakan pelaburan seperti yang digariskan di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional bagi kesinambungan pembangunan semula ekonomi negara seperti yang digariskan di dalam wadah Kerajaan Madani,” katanya.

Tambah kenyataan itu, dengan penjenamaan tersebut, MITI terus komited untuk menarik pelaburan baharu berkualiti dan berimpak tinggi, memperluaskan jaringan perdagangan antarabangsa serta memperkukuhkan sektor industri sedia ada sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara bagi kesejahteraan
rakyat dan sektor perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast