Seorang anggota bomba memadam kebakaran di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa terbakar 80 peratus selepas empat buah bilik hangus dalam kebakaran tengah malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) Negeri Kelantan berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran itu pada jam 12.26.

Setiba di lokasi mendapati kebakaran itu melibatkan satu bilik menunggu pemandu ambulans, tiga Bilik pemeriksaan doktor (pesakit luar) di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa yang dianggarkan keluasan keseluruhan bilik adalah 80X200 kaki persegi.

Kebakaran dapat dikawal pada jam 12.55 dan dipadam sepenuhnya 2.18 pagi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast