KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia sentiasa memberikan kerjasama kepada agensi siasatan yang melibatkan integriti pegawai-pegawai kementerian.
Itu respon menterinya, V. Sivakumar berhubung siasatan melibatkan kes rasuah dalam kalangan pegawainya baru-baru ini.
Dari segi prinsip, beliau menyokong penuh pelaksanaan undang-undang yang berteraskan kepada keadilan dan kebenaran dalam siasatan dilakukan, katanya dalam satu kenyataan.
Beberapa hari lepas, dua pegawai kanan kepada Sivakumar ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan isu pengambilan pekerja asing. – MalaysiaGazette