Nur Jazlan Mohamed, foto Arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak bersetuju dengan label partinya ‘menumpang’ dalam kerajaan campuran.

Beliau juga menafikan parti itu sebagai tamak jawatan seperti dakwaan sesetengah pemimpin DAP.

“Tetapi, bila kita diam, DAP pula yang keluarkan ke­nyataan sebegini,” kata dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kenyataan Jazlan itu dipercayai merujuk kenyataan Na­ib Pengerusi DAP Perak, Aziz Bari berhubung peranan UMNO menarik sokongan orang Melayu masih tidak jelas memandangkan peranan tersebut kini dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN).

Menurut Aziz, berdasarkan rekod Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu pada peringkat awalnya undi PN dijangka meleset namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Malah Aziz mendakwa UMNO dilihat hanya menum­pang kekuatan Pakatan Harapan (PH) kerana kelangsungan parti itu semakin pudar.

Dalam pada itu, Jazlan berkata, DAP seharusnya menghargai usaha UMNO dalam membolehkan kerajaan perpaduan dibentuk.

“Untuk keadaan sekarang pun, kita susah nak tarik so­kongan Melayu kembali kepada UMNO disebabkan DAP sendiri kerana ramai orang Melayu yang tidak percayakan parti itu.

“Strategi DAP meletakkan orang Melayu sebagai pemim­pin parti itu tidak lagi berjaya, jadi mereka perlu juga hargai UMNO,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Rakyat dah tahu fakta so jangan MURUNG dan Trauma. Pengundi U18 pun dapat maklumat di Media setiap hari samada sumber PH PN atau rakyat biasa.
    UMNO bukan DILIHAT tetapi SAH MENUMPANG.. jikamana UMNO menarik sokongan Parliament pun PH tidak akan membubarkan DEWAN.
    UMNO ni berkarektor Pak Pandir BUKAN TAHU MENGIRA dan berfikiran NYATA.
    macam ini punya orang pun ada …. zaman jarijemari lah.. ok demi jenama UMNO anda dinasihati dengar baik baik dan patuh menurut kehendak PERPADUAN jangan banyak kunyah sirih macam Rohinnya dapat berniaga.

Comments are closed.