Wisma Putra
Wisma Putra
KUALA LUMPUR – Malaysia memantau rapat perkembangan di Khartoum, Sudan susulan pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) yang tercetus semalam.
Sehubungan dengan itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan menasihatkan rakyat negara ini yang merancang untuk melawat negara berkenaan supaya menangguhkan perjalanan sehingga keadaan stabil.
Pergolakan di Khartoum: Kesemua 29 rakyat Malaysia berdaftar di Sudan kebanyakannya terdiri daripada penuntut disahkan selamat.

“Kedutaaan Malaysia sentiasa menghubungi mereka dan menyediakan bantuan yang sewajarnya,” kata Wisma Putra.

Kedutaan Malaysia yang kini beroperasi secara sementara daripada kediaman Duta Malaysia boleh dihubungi di +249900753633 dan +249183286379 atau emailĀ http://[email protected].

Talian bilik operasi Wisma Putra adalah +60388874570, +60388874770 dan +60388874445. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast