Foto Goal.com

RIYADH – Kelab Arab Saudi, Al Nassr dilaporkan sedang mendapatkan khidmat Zinedine Zidane untuk membimbing skuad itu, lapor Marca.

Pasukan yang dibarisi Cristiano Ronaldo itu telah membuat tawaran 120 juta euro (RM582.23 juta) untuk dua musim kepada bekas pengendali Real Madrid itu.

Setakat ini belum ada kenyataan dibuat oleh kem pengendali dari Perancis itu berhubung tawaran Al Nassr.

Selepas Rudi Garcia dipecat, Al Nassr melantik Dinko Jelicic sebagai pengendali sementara, tetapi kelab Liga Pro Saudi itu berhasrat untuk menggandingkan semula Ronaldo dengan Zidane.

Garcia dipecat kerana deretan keputusan mengecewakan kelab itu.

Al Nassr kini berada di tangga kedua liga, tiga mata di belakang Al Ittihad selepas mengharungi 23 daripada 30 perlawanan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast