Datuk Seri Mohamad Hasan hadir pada Majlis Penghargaan Petugas Op Starlight II Bersama Menteri Pertahanan di Wisma Perwira ATM di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mengharumkan nama di luar negara dan kini menjadi sebutan di Turkiye.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kecemerlangan pasukan itu membantu mangsa gempa bumi di negara itu mendapat pujian kerajaan di sana.

“Saya ucap tahniah kerana bertugas dengan cemerlang, mengharumkan nama negara dalam membantu Turkiye yang memerlukan bantuan ketika itu.

“Nama pasukan tentera kita jadi sebutan kepimpinan negara Turkiye walaupun kita hantar bantuan dalam keadaan tidak menentu dan dapat jalankan tugas dengan baik,” katanya.

Misi Op Starlight II Hospital Medan Malaysia (HMM) di Celikhan, Adiyaman, Turkiye melibatkan seramai 110 pegawai dan anggota Kor Kesihatan Diraja.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penghargaan Petugas Op Starlight II Bersama Menteri Pertahanan di Wisma Perwira ATM di sini hari ini.

Misi Op Starlight II Hospital Medan Malaysia (HMM) di Celikhan, Adiyaman, Turkiye dilaksanakan dalam tiga fasa penghantaran iaitu bermula 10 Februari lalu dengan menggunakan pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta pesawat komersial.

Ia melibatkan seramai 110 pegawai dan anggota Kor Kesihatan Diraja.

Sepanjang melaksanakan operasi HMM selama enam minggu, seramai 2,415 pesakit telah dirawat termasuk 83 kes pembedahan.

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 menggegarkan tengah Turkiye dan barat laut Syria awal Februari lalu mengorbankan banyak nyawa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast