KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada hari Jumaat, 21 April 2023 dan Isnin, 24 April 2023 sempena tambahan cuti Hari Raya Aidilfitri seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan beroperasi semula pada hari Selasa, 25 April 2023.
Bursa Malaysia akan kekal dibuka untuk dagangan sehari penuh pada Khamis, 20 April 2023. – MalaysiaGazette