PONTIAN – Seorang pemuda dikhuatiri hilang semasa keluar memancing di kawasan pantai berdekatan Jeti Air Masin, Kukup di sini semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Pegawai Bomba Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerusi panggilan kecemasan berhubung kejarian itu pada jam 7.39 petang.
Seramai 11 anggota dikerahkan di tempat kejadian dengab melibatkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
“Mangsa, Mohd Hairul Khalid 36 tahun difahamkan pergi memancing ikan dari jam 8 pagi semalam dan tidak pulang sejak keluar rumah.
“Pihak bomba membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laluan darat dari Jeti Air Masin ke kawasan kampung nelayan pada jarak 500 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Operasi SAR terpaksa dihentikan jam 12 tengah malam Selasa kerana cuaca yang tidak mengizinkan sebelum disambung semula pada pagi ini nanti.- MalaysiaGazette