Penduduk kampung sibuk melakukan kerja-kerja menghias gerbang raya yang dipanggil gapuro berbentuk masjid bertemakan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444 H ketika tinjauan lensa Malaysia Gazett di Kampung Kuala Langat, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 21 APRIL 2023.

KUALA LANGAT – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu ini selepas pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi. Penduduk Kampung Kuala Langat tidak terlepas membuat persiapan sambutan perayaan itu dengan memukul beduk mengelilingi seluruh kampung serta menghiasi rumah.

Warna-warni kampung itu jelas kelihatan dari jauh apabila penduduk menghiasi dengan pelbagai jenis lampu bagi memeriahkan lagi suasana.

Penduduk sekitar turut bergotong-royong membuat makanan, dekorasi dan sebagainya.

Suasana kediaman penduduk sibuk melakukan kerja mengacau dodol sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Jenjarom,Selangor. Foto MUHD NA’IM, 21 APRIL 2023.
Penduduk sibuk melakukan kerja-kerja pemasangan lampu perhiasan di hadapan rumahnya bagi memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri di Kampung Jenjarom,Selangor. Foto MUHD NA’IM, 21 APRIL 2023.
Suasana rumah penduduk yang dipenuhi lampu perhiasan di hadapan rumahnya bagi memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri di Kampung Jenjarom,Selangor. Foto MUHD NA’IM, 21 APRIL 2023.
Gelagat penduduk melihat tradisi memukul beduk oleh generasi muda sejak 2021 dengan mengelilingi kampung menaiki lori bagi memeriahkan suasana kediamnya sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Jenjarom,Selangor. Foto MUHD NA’IM, 21 APRIL 2023.
Seorang penduduk sibuk melakukan kerja-kerja persiapan pelita bagi memeriahkan suasana sekitar kediamannya sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Jenjarom,Selangor. Foto MUHD NA’IM, 21 APRIL 2023.
Gelagat seorang kanak-kanak riang bermain bunga api di hadapan rumah mereka yang dihiasi dengan pelita dan lampu perhiasan sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Jenjarom,Selangor. Foto MUHD NA’IM, 21 APRIL 2023.
Tradisi memukul beduk oleh generasi muda sejak 2021 dengan mengelilingi kampung menaiki lori bagi memeriahkan suasana sekitar kediamannya sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Jenjarom, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 21 APRIL 2023.
Gelagat penduduk melihat tradisi memukul beduk oleh generasi muda sejak 2021 dengan mengelilingi kampung menaiki lori bagi memeriahkan suasana kediamnya sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Jenjarom,Selangor. Foto MUHD NA’IM, 21 APRIL 2023.
Seorang penduduk kampung menyalakan pelita yang dihasilkan sendiri bagi memeriahkan suasana sekitar kediamannya sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Jenjarom,Selangor. Foto MUHD NA’IM, 21 APRIL 2023.
Penduduk sibuk melakukan kerja-kerja pemasangan lampu perhiasan di hadapan rumahnya bagi memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri di Kampung Jenjarom,Selangor. Foto MUHD NA’IM, 21 APRIL 2023.
Suasana kediaman penduduk sibuk melakukan kerja mengacau dodol sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Jenjarom,Selangor. Foto MUHD NA’IM, 21 APRIL 2023.
Tradisi memukul beduk oleh generasi muda sejak 2021 dengan mengelilingi kampung menaiki lori bagi memeriahkan suasana sekitar kediaman sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Jenjarom,Selangor. Foto MUHD NA’IM, 21 APRIL 2023.