KUALA LUMPUR – Kepulangan anak-anak ke kampung halaman yang jauh di Sabah dan Sarawak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sememangnya dinanti-nantikan keluarga tercinta.
Selain daripada melepaskan rindu, para mahasiswa turut dapat meraikan hari raya bersama-sama saudara mara dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Semalam, seramai 20 orang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah berkesempatan untuk menaiki pesawat A 400 M dan C 130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk pulang berhari raya di Kuching, Kota Kinabalu dan Tawau.
Pesawat-pesawat TUDM itu berlepas ke destinasi melalui Lapangan Terbang Pangkalan Udara Subang.
Salah seorang pelajar, Aliea Maisarah berterima kasih penghargaan kepada Naib Canselor UPNM, Datuk Hasagaya Abdullah dan pihak TUDM kerana cakna membantu para pelajar dari Sabah dan Sarawak.- MalaysiaGazette