Keadaan Myvi yang remuk selepas bertembung dengan bas ekspres berhampiran Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus.

KUALA TERENGGANU– Sepasang suami isteri maut dan dua lagi cedera parah selepas sebuah kereta  Myvi bertembung dengan sebuah bas ekspres di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Sungai Ikan, di Kuala Nerus, Terengganu hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata,  kedua-dua mangsa, Che Ku Yusof Ali Che Ku Embong, 52 dan Siti Faridaf Ahmad, 46, meninggal dunia di lokasi nahas.

Manakala anak perempuan mangsa berusia 18 tahun dan pemandu bas ekpres cedera parah.

berkenaan dalam kejadian kemalangan pada 12.45 tengah hari tadi mengalami kecederaan parah.

Kejadian berlaku pada jam 12.45 tengah hari ketika bas yang membawa 27 penumpang termasuk seorang kelindan  dalam perjalanan daripada Kota Bharu menghala ke Kuantan.

“Manakala kereta Myvi bersama dua orang penumpang dari arah Kuala Terengganu menghala ke Felda Belara.

“Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu Myvi telah bertembung dengan bas ekspres,”katanya kepada MalaysiaGazette.

Menurut Ismail,  dua mangsa yang parah menerima rawatan Hospital Sultan Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu manakala tujuh lagi penumpang bas yang cedera masih dirawat di Hospital Setiu.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkatan Jalan (APJ) 1988.

Terdahulu tular video insiden kemalangan tersebut media sosial sejak petang tadi.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bersama mengamalkan pemanduan berhemah dan bersabar serta menjaga kesihatan. Berhati-hati dijalan raya

Comments are closed.