Pengemis etnik Rohingya yang 'bertapak' di Masjid Negara, Kuala Lumpur bagi meraih simpati meminta wang ihsan daripada warga kota yang hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri, hari ini.

KUALA LUMPUR – Di sebalik kemeriahan warna-warni busana yang dipakai sempena Aidilfitri, terdapat pemandangan yang kurang menyenangkan di pekarangan Masjid Negara.

Mana tidaknya, sepanjang kaki lima di tangga masjid tersebut ‘penuh’ dengan pengemis etnik Rohingya yang mencuba nasib bagi meraih simpati warga kota.

Ada dalam kalangan mereka juga membawa anak kecil sambil meratap meminta sedikit wang ihsan kepada para jemaah yang hadir bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri hari ini.

Malah, tidak kurang ramai juga pengemis etnik itu yang masih di bawah umur dilihat berkeliaran dengan cawan plastik merayu diberi duit sebagai ‘modal’ membeli aiskrim di kawasan masjid.

Simpati dengan nasib mereka, ada juga dalam kalangan warga tempatan yang menghulurkan sedekah sehingga kelihatan lebih RM50 berjaya dikaut dalam ‘tabung’ tersebut.

Pada bulan lalu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan Operasi Membanteras Pengemisan di sekitar ibu kota dengan 16 tahanan berjaya dibuat.

Ketua Pengarahnya, Norazman Othman berkata, Kuala Lumpur yang bertaraf bandar raya sememangnya menjadi ‘lubuk’ buat golongan tersebut menjana pendapatan.

Bagi mengekang masalah itu, beliau memberitahu, pihaknya akan terus mempergiat operasi berkenaan yang akan dijalankan secara berkala dan bersepadu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Makin melampau puak2 rohingya ni dimana2 mereka mengemis ..dgn muka x malu sambil anak kecil bergembira…Jgn terpedaya wayang drama menangis bagai..Makin pijak kepala puak2 ni…MOHON JKM & polis ambil tindakan ke atas mereka..kaut untung cara mudah…rakyat malaysia kalau boleh jgn terlalu kesian g puak2 ni…

Comments are closed.