Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang terjejas akibat jerebu mula melanda ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 11 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi Petaling Jaya setakat jam 10 pagi hari ini berada di tahap tidak sihat dengan bacaan 109.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh lokasi merekodkan bacaan IPU tahap baik pagi ini iaitu Tanjung Malim (50) di Perak, Sarikei (43) dan Kapit (40) di Sarawak.

Di Sabah, hanya Sandakan mencatatkan bacaan tahap baik iaitu 38.

Terdahulu, Petaling Jaya sebelum ini merekodkan bacaan IPU sederhana.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang awam menggunakan pelitup muka, payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung terhadap cuaca panas dan jerebu.-MalaysiaGazette