Luqman Long

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Muda, Luqman Long mengesahkan peletakan jawatannya sebagai pegawai fungsi khas (strategi) Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Menerusi catatan di Twitternya, Luqman memaklumkan, perkara itu telahpun dilakukanya sejak dua minggu lalu.

Katanya, beliau juga telahpun memberikan notis sebelum untuk peletakan jawatannya itu dan pejabatnya sudah maklum dengan perkara tersebut/

“Saya memberi notis sebulan dan pejabat sudah lama tahu,” ciap beliau di laman sosial itu.

Dalam pada itu Luqman turut menyatakan keadaan huru hara apabila beliau menegur berkenaan penganjuran rumah terbuka yang bakal diadakan kerajaan di beberapa negeri bermula pada 29 April ini.

Baru-baru ini, Luqman mencetuskan kontroversi apabila beliau mengkritik, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangannya mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Kedah, Kelantan dan Terengganu berbanding kediaman rasminya di Putrajaya.

Anwar turut akan menghadiri tiga lagi rumah terbuka di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan anjuran kerajaan negeri.

“Cuba bertenang makan kuih raya tu haha,” sindirnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Mcm ni lagi membazir wang rakyat! Bukannya menjimatkan..sure hutang negara naik 10trillion lah mcm ni..mangkuk betol la PMX

  2. si Luqman panjang ni macam cari publisiti murahan pula??..duduk dalam kerajaan tapi hentam kerajaan??..bagai Tali Barut, Musuh Dalam Selimut, Duri Dalam Daging pula?..spesies manusia ganjil??..

Comments are closed.