logo polis
Gambar hiasan

IPOH- Maklumat tular yang menyatakan polis Ipoh menghalang kaum Hindu menunaikan sembahyang hajat sempena perayaan Idugathu Kaliamman Buntong adalah tidak benar dan berunsur fitnah.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kandungan penulisan yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti polis daerah Ipoh.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) Daerah Ipoh menghormati hak menjalankan aktiviti keagamaan bagi setiap individu di negara ini yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak pernah menghalang mana-mana individu untuk mengadakan upacara sembahyang keagamaan.

Dalam perkara ini, PDRM Ipoh hanya memberi nasihat dan meminta kerjasama daripada pihak kuil supaya menangguhkan perarakan chariot dan kavadi pada 21 hingga 23 April kerana pertembungan dengan tarikh perayaan Hari Raya Aidilfitri 1444h dengan jangkaan kehadiran seramai 25,000 penganut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Yahaya berkata jika tidak ditangguhkan, perarakan yang dirancang akan meningkatkan aliran trafik dan menyebabkan kesesakan luar biasa serta risiko keselamatan ketenteraman awam di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, katanya pihak polis tiada halangan terhadap sebarang aktiviti keagamaan yang diadakan di dalam kawasan kuil berkenaan.

Jelasnya, wakil-wakil pihak penganjur aktiviti keagamaan itu juga telah diterangkan dengan jelas tentang perkara ini dan mereka memahami pandangan serta bersetuju dengan nasihat pihak polis.

Yahaya berkata pihak penganjur juga telah menafikan kepada pihak polis tentang keterlibatan mereka dalam penyebaran maklumat palsu berunsur fitnah itu.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak terperdaya dengan tuduhan tidak berasas dan  membuat sebarang spekulasi mengenai kandungan WhatsApp itu sehingga menjejaskan  kredibiliti polis dan menimbulkan kegusaran masyarakat.

“Pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan penulisan itu di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya.

Sejak semalam, penulisan yang bertajuk “Ketua Polis Daerah Ipoh menghalang kaum Hindu untuk menunaikan sembahyang hajat di Buntong dalam perayaan tahunan kuil Idugathu Kaliamman Buntong” tular melalui aplikasi WhatsApp.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Masalah ditimbulkan puak-puak Hindu ni mengejutkan bukan perkara kecil atau terpencil ini amat membinbangkan.
    PDRM jangan ugut ….akan mengambil tindakan tegas….
    buang ayat “AKAN” ganti dan terus laksana #memburu dan menangkap Hindu Hindu yang terlibat. Group WhatsApp kan senang cari.. nak cipta formula strategy tu buang masa

Comments are closed.