Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf

KUANTAN-  Polis menahan seorang suspek kerana disyaki menetak seorang lelaki dengan menggunakan senjata tajam di Keratong 10, Muadzam Shah, hari ini

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil siasatan mendapati suspek lelaki yang dipercayai kurang siuman itu berjalan kaki dari Segamat menyerang mangsa secara tiba-tiba.

“Pada 24 April 2023, jam lebih kurang 8.30 malam polis telah terima satu maklumat mengatakan seorang lelaki telah ditetak menggunakan senjata tajam dipercayai parang oleh seorang lelaki di persimpangan utama Keratong 10 Muadzam Shah,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Menurut Ramli, mangsa kini dilaporkan stabil dan masih mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan Hospital Muadzam Shah.

Tambah beliau, mangsa dibawa ke Hospital Muadazam Shah untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Difahamkan wajah suspek telah dicam oleh mangsa dan kes masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette