beras SST nikotin rumah terbuka madani LGBTQ nik elin zurina
Ahmad Yahaya

KUALA LUMPUR – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di negeri-negeri tertentu sebagai bermotifkan politik menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, program tersebut menyebabkan berlaku lebih banyak pembaziran semata-mata bagi memenuhi kerakusan politik Anwar dan kerajaan.

Menurut beliau, rakyat sudah bijak menilai dan membaca kebobrokan tindakan Kerajaan Madani yang semakin tempang hari ini.

“Satu demi satu prinsip perjuangan tinggal sekadar ucapan yang manis didengar di halwa telinga.

“Namun, tindakan dan amalan berpolitik yang diamalkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi mencerminkan perjuangan yang didambakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani akan bermula di Alor Setar pada 29 April diikuti Bukit Mertajam (6 Mei), Seremban (7 Mei), Kota Bharu (12 Mei), Kuala Terengganu (13 Mei) dan Batu Caves (14 Mei).

Ahmad menambah, Dewan Ulama Pas menegaskan bahawa tidak sepatutnya semua tindak tanduk kerajaan hanya bersifat politik.

Beliau memberitahu, Dewan Ulama Pas sering mengingatkan agar kerajaan sedia ada menjadi sebuah kerajaan kepada semua.

“Hentikan sikap politik kepartian dan sentiasa memastikan profesionalisme dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran.

“Malangnya, kerajaan omongan reformasi madani hari ini indah khabar dari rupa,” jelasnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. lebai2.. kalu org lain bt semua membazir, bermotif politik bagai.. kalu la parti hang sebagai pemerintah jika bt semua tu adalah amalan mulia dan meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.. Mulia sungguh tanpa ada cacat celanyer.

  2. Sampai ke mampoih aku x kan sokong parti PAS ni. dia pergunakan agama islam semata2 nak mengaburi setiap tindakan mereka. tengok saja la bila dia rasuah, dikatakan sedekah. kurang ajaq sunggoh!!!

Comments are closed.