Datuk Rais Yasin

MELAKA – Pemimpin kanan Melaka yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah seks, Datuk Rais Yasin menafikan melakukan perbuatan itu, malah sedia membantu pihak berkuasa menyiasat tuduhan tersebut.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri itu juga menyifatkan dakwaan berkenaan adalah untuk menjatuhkan karier politiknya kerana ia telah bermula ketika pemilihan UMNO pada Mac lalu.

Bagaimanapun jelasnya, ketika itu beliau tidak mengendahkan dakwaan tersebugt kerana perlu memberi fokus dalam pertandingan jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang dimenanginya pada 18 Mac lalu.

“Ini semua (video rasuah seks) adalah fitnah yang direka cipta untuk menjatuhkan reputasi saya beserta perbualan WhatsApp sedangkan saya tak pernah beri rasuah secara seks atau apa-apa pada mana-mana individu.

“Ada juga yang kata akan buat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rasuah seks ini dan Insya-Allah kalau ada siasatan oleh pihak berkuasa, saya akan beri kerjasama penuh,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Rais melakukan tinjauan bumbung bocor di Pasar Awam Bachang, Melaka, hari ini

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penularan dakwaan mengaitkan namanya sebagai Exco negeri Melaka yang terlibat dalam rasuah seks sejak Selasa lalu.

Mengulas lanjut, Rais yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, beliau bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab mencipta fitnah itu.

“Siapa sahaja yang reka (fitnah) ini saya juga akan meneliti dan melihat bagaimana untuk saya pertahankan maruah diri dan keluarga saya namun saya tidak ingin menuduh sesiapa.

“Kita kena ingat, pemimpin datang dan pergi sama ada muda atau veteran. Jawatan ini tak kekal, jadi saya harap semua dapat hentikan fitnah politik yang tidak baik ini…yang menang bantulah rakyat, yang kalah tidak kalah semua dan akan ada masa lebih baik untuk mereka,” ujarnya.

Pada pemilihan UMNO 18 Mac lalu, Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.

Beliau menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dengan majoriti empat undi selepas memperoleh 282 undi berbanding Mohamad Ali mendapat 278 undi. – MalaysiaGazette.

4 Komen

  1. Aikk Tuan Badan KEDAUNG tidur ke?
    KETUA kamu KM MELAKA dah sahkan itu fitnah dan selesai tiada isu tiada KES.
    cuma zigzag je kenapa orang lain BERNAFI hingga beresak-esak keluar hinggus “bagi pihak” selaju KILAT tapi Tuan Badan KEDAUNG laju lagi Siput BABI?
    antara PENAFI bagi pihak dengan PENAFI Tuan Badan KEDAUNG mana lebih kelakar?

    • Hari baik bulan yg mulia ni apa kata berkata2 baik jap. Apa yg ditulis menggambarkan peribadi. Depa tu ok je.. hanye yang menulis ni macam jin tak bertuan.

  2. relax bro… jangan berasa MURUNG.. betul depa tu ok
    oklah tu yang best dan yang ok… kan kan kan

  3. Assalamualaikum. Saya rasa biarkanlah Allah tentukan nasibnya kelak. Tak dapat dinafikan zaman ni zaman fitnah memfitnah especially di kalangan politikus! Kita bersangka baik je if dia tak buat sewajarnya beliau buat lapuran polis & sprm. Beri peluang pihak berkuasa siasat dari semua sudut? Tapi empunya badan pun takut nak buat lapuran polis, camno nak buet lyi!…kata org tua2 dulu, ” ayam tak dapet, tangan den bau tahi”

Comments are closed.