Gambar hiasan

GOMBAK – Polis sedang mengesan seorang suspek wanita yang disyaki telah meloloskan diri selepas mencuri wang dari sebuah premis menjual pakaian terpakai di sini baru-baru ini.

Rakaman video yang memaparkan insiden kecurian melibatkan suspek itu kemudian dikesan tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata,  pihaknya telah terkesan
satu rakaman video berdurasi satu minit 21 saat di media sosial melibatkan kejadian yang sama.

Katanya, suspek telah mencuri sejumlah wang dari dalam laci simpanan wang premis berkenaan.

Hasil siasatan awal yang dijalankan, kejadian berlaku di sebuah premis di Selayang Baru, Batu Caves pada 25 April lalu.

“Dalam kejadian lebih kurang 10.30 malam itu, ketika pengadu hendak mengira hasil jualan harian premis tersebut telah dapati wang hasil jualan telah tiada di dalam laci simpanan wang premis tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noor Ariffin, pengadu kemudian telah menyemak kamera litar tertutup dan mendapati seorang wanita telah mencuri wang dari laci tersebut.

Katanya, berikutan insiden itu pengadu telah mengalami kerugian lebih kurang RM700.

Kes sedang disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat
Jenayah, Sarjan Muhammad Ekhmal Nasir Khan di talian 013-3020385 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast