kredit: APMM

BACHOK – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan ombak semasa melakukan aktiviti memukat di Pantai Telong, di sini semalam, ditemukan lemas hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata mayat Mohamad Azwan Mohd Azman, 28, ditemukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan yang melakukan rondaan di kawasan pesisir pantai pada 3.20 petang.

“Ketika membuat rondaan, anggota APMM melihat sesuatu berwarna hitam (mayat) terapung pada jarak 10 meter dari pesisir pantai lalu menarik ke daratan.

“Mayat mangsa ditemukan pada jarak 1.4 kilometer dari lokasi kejadian selepas dihanyutkan ombak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pengecaman mayat dilakukan adik mangsa, Muhammad Ashraf Mohd Azman, 24, di lokasi kejadian.

Mayat kemudian diserah kepada polis untuk tindakan lanjut serta dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast