Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Bintang bola sepak Columbia, Radamel Falcao membalas ciapan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di media sosial.

Menerusi reaksi balas di laman Twitter miliknya, Falcao menjelaskan dia tidak sabar untuk berjumpa dengan Tunku Ismail.

“Tidak sabar untuk berjumpa anda,” tulis bekas penyerang Atletico Madrid dan Manchester United itu yang dilihat menguatkan lagi khabar angin bahawa dia bakal menyertai keluarga Harimau Selatan.

Semalam, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) seolah memberi bayangan Falcao semakin hampir ke JDT selepas menyatakan akan berjumpa dengan pemain berusia 37 tahun itu.

Sebelum ini, media Sepanyol, Marca melaporkan Falcao, 37, bersedia untuk menyertai JDT yang juga juara Liga Super sembilan kali berturut-turut.

Difahamkan, JDT perlu menyediakan RM5 juta setahun untuk membayar gaji Radamel Falcao seandainya penyerang itu menyertai skuad Harimau Selatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast