Kredit: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak

IPOH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Manjung mengesan kejadian tanah runtuh berlaku di Kampung Buruk Bakul dekat Beruas, semalam.

APM daerah Manjung menerusi kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook rasminya memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 9.20 malam tadi.

“Skuad Charlie APM dengan kekuatan enam anggota lain-lain pangkat bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan pemantauan di lokasi kejadian.

“Untuk makluman tanah runtuh disebabkan air yang mengalir dari atas bukit, bagaimanapun pihak APM daerah Manjung telah menasihati penduduk kampung untuk mengambil langkah berjaga-jaga jika hujan masih berterusan,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA