ketua pembangkang Lim Kit Siang rasuah PRN
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Usaha membanteras rasuah seharusnya dijadikan tema utama kempen pada pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ketika ini, hanya lima negara Asia iaitu Singapura, Hong Kong, Jepun, Bhutan dan Taiwan yang berada dalam senarai 30 negara teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2022.

“Sekiranya Singapura dan Hong Kong yang dianggap sebagai korup pada 1950-an kini menjadi antara 30 negara paling kurang rasuah di dunia, tiada sebab mengapa Malaysia tidak mampu melakukannya.

“Walaupun kini kita telah jatuh ke tangga ke-61 daripada keseluruhan 190 negara dengan mata 47 daripada 100,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, apa yang penting adalah, usaha itu memerlukan sokongan penuh daripada rakyat dan semua kerajaan negeri. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Udah2 la tu pek.. dh bersara duk.diam2 je la. Tak dak sape nk dengar pandangan lu tu

  2. ye ke?
    tung tang tung tang…
    rasuah tu camner
    sapa boleh sapa tak boleh
    untuk gegendang telinga ke

Comments are closed.