ALOR SETAR – Tiada pembincangan membabitkan lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki setakat ini.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perkara berkenaan belum dibawa ke peringkat kabinet untuk perbincangan.
“Setakat ini, saya tidak ada maklumat dan perkara ini (lanjutan kontrak) belum ada perbincangan di Kabinet.
“Mungkin boleh rujuk dengan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Hotel Raia, di sini, hari ini.
Sebuah portal tempatan sebelum ini melaporkan, Azam yang dilantik selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM mengantikan Latheefa Koya akan tamat kontrak perkhidmatan pada 12 Mei depan. – MalaysiagGazette