puad najib
Mohd Puad Zarkashi (dua dari kiri) ketika menghadiri majlis pertunangan Norashman Najib (tengah) dan Nikola Mulyadi (dua dari kanan) di Pavilion, Kuala Lumpur, hari ini. (Gambar: Facebook)

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berharap anak bongsu Datuk Seri Najib Razak, Norashman tabah walaupun bapanya tidak dapat menyaksikan majlis pertunangannya hari ini.

Beliau percaya, bekas perdana menteri itu akan kembali kepada rakyat satu hari nanti.

“Tahniah Ashman. Semoga tabah, walaupun Bossku tidak muncul tiba. Insya-Allah satu hari nanti Bossku akan kembali kepada rakyat,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, Mohd Puad menghadiri majlis pertunangan Norashman dan Nikola Mulyadi di Pavilion di sini.

Najib kini menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setelah rayuan terakhirnya terhadap sabitan bersalah kes SRC International Sdn Bhd ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu.

Selain itu, Mahkamah Persekutuan pada 31 Mac lalu menolak permohonan Najib untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan tersebut.

Najib telah memohon untuk mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong namun setakat semalam, petisyen yang dikemukakan bekas Presiden UMNO itu masih belum dibincangkan oleh Lembaga Pengampunan yang turut dianggotai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Mohd Puad yang menggunakan transit aliran massa (MRT) lokasi ke lokasi tersebut turut menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini, Dr. Mahathir menyatakan beliau berasa seperti berada di negara maju apabila menaiki MRT.

“Betul kata Tun M, kita seperti berada di negara maju kerana naik MRT. Kalau Najib ada lagi cepat Malaysia maju.

“Terima kasih Bossku. Rasanya hati kecil Tun M juga mahu ucap terima kasih pada Bossku. Tetapi dia malu nak cakap,” jelasnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. insyaallah Anak Najib tabah malah anak yatimpiatu miskin yang ibubapa meninggal DUNIA tetap berjuang dalam hidup mereka. Najib hidup lagi…
    Pokcik Puad ni orang Johor ASLI ke? Bengap PIANG macam Loman Adam je….
    patut nasihat pada perempuan itu *BERTABAHLAH* menghadapi masa hadapan kepada DUNIA awak menanggung zuriat PENJENAYAH… tu idea bernas macam BERAS untuk rakyat

Comments are closed.