KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.
Ia diputuskan dalam Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini.
Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.
“Ekonomi global terus didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh serta pemulihan ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan.
“Bagaimanapun, ekonomi global terus terjejas oleh tekanan kos yang tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi. Inflasi keseluruhan terus menurun namun inflasi teras terus melebihi purata yang pernah dicatatkan sebelum ini,” kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.
Pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank pusat dijangka kekal ketat.
Prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan terutamanya disebabkan oleh ketegangan geopolitik yang semakin meruncing, inflasi sebenar yang lebih tinggi daripada jangkaan dan keadaan pasaran kewangan yang menjadi ketat secara ketara termasuk berikutan tekanan yang berterusan dalam sektor perbankan.
“Bagi ekonomi Malaysia, perkembangan terkini menunjukkan bahawa kegiatan ekonomi berkembang selanjutnya pada suku pertama tahun 2023 selepas mencatatkan prestasi kukuh pada tahun 2022.
“Meskipun eksport dijangka menjadi sederhana, pertumbuhan pada tahun 2023 akan didorong oleh permintaan dalam negeri. Perbelanjaan isi rumah kekal berdaya tahan, disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang lebih baik memandangkan
pengangguran terus menurun ke tahap sebelum pandemik.
“Ketibaan pelancong yang meningkat dijangka menggiatkan aktiviti berkaitan pelancongan. Projek infrastruktur berbilang tahun yang terus dilaksanakan akan menyokong aktiviti pelaburan. Keadaan kewangan domestik juga terus kondusif untuk pengantaraan kewangan tanpa tanda-tanda pengetatan berlebihan yang mempengaruhi aktiviti penggunaan dan pelaburan,” ujarnya.
Risiko prospek pertumbuhan dalam negeri secara relatif seimbang.
Risiko pertumbuhan menjadi lebih tinggi berpunca terutamanya daripada faktor-faktor dalam negeri seperti aktiviti pelancongan yang lebih kukuh daripada jangkaan serta pelaksanaan projek termasuk projek yang dinyatakan dalam pembentangan semula Belanjawan 2023 manakala risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan berpunca daripada pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan dan keadaan pasaran kewangan global yang semakin tidak menentu.
Seperti yang dijangka, kata kenyataan itu, inflasi keseluruhan menunjukkan trend menurun pada bulan-bulan kebelakangan ini disebabkan oleh faktor kos yang menurun.
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka menjadi sederhana sepanjang tahun 2023, berpurata antara 2.8% hingga 3.8%.
Bagaimanapun, inflasi teras akan kekal pada paras tinggi berikutan keadaan permintaan yang kukuh.
Kawalan harga dan subsidi bahan api sedia ada akan terus membendung sebahagian daripada tekanan inflasi yang meningkat.
Imbangan risiko terhadap prospek inflasi cenderung ke arah inflasi menjadi lebih tinggi dan terus bergantung pada sebarang perubahan pada dasar dalam negeri termasuk mengenai subsidi dan kawalan harga, perkembangan pasaran kewangan serta harga komoditi global.
Memandangkan prospek pertumbuhan dalam negeri yang terus berdaya tahan, MPC menilai bahawa kini adalah masa yang tepat untuk terus mengembalikan tahap akomodasi monetari ke paras yang wajar.
Berikutan keputusan ini, MPC telah mengakhiri rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis Covid-19 bagi menggalakkan pemulihan ekonomi.
Susulan kekukuhan ekonomi Malaysia yang berterusan, MPC juga mengakui perlunya pendirian dasar monetari yang wajar bagi mengelak risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan.
Pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.
MPC akan terus memastikan pendirian dasar monetari kekal konsisten dengan prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.- MalaysiaGazette
kerajaan nuar brahim bukan nak bantu rakyat, malah cekik duit rakyat ada laa. apa faedah yang rakyat dapat pun tak tahu laa. ekonomi makin menurun, pelabur banyak lari, harga makanan makin mahal. btl2 nak harap menu rahmah jela, itu pun bukan semua tempat ada..
Hadiah Aidilfitri? Semakin susah la rakyat yang sudah sedia susah, rakyat baru je berhutang nak keluar wang kwsp sendiri?… amik kau!!!
Kah kah…Nuar Berahim bakal melingkup dlm PRN dan PRU..sebab gabenor bank negara lebih berkuasa dari PM..gabenor suku sakat Zeti ni bukan masuk PRU pun..dia peduli apa..siap ko Nuar Berahim