KUALA LUMPUR – Susulan daripada penahanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas pegawai Kementerian Sumber Manusia (KSM) baru-baru ini difahamkan satu lagi kejutan berlaku semalam.
Sumber MalaysiaGazette mendakwa, ketika mesyuarat Kabinet semalam, satu keputusan drastik diambil untuk memecat beberapa pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.
Seramai lima pegawai itu dipecat dari KSM manakala seorang lagi dipercayai penjawat awam pula ditukarkan ke jabatan lain serta-merta.
“Kerajaan amat serius dalam menangani isu rasuah, isu yang baru ini sememangnya mengejutkan lagi-lagi adanya dakwaan rasuah, salah guna kuasa dalam pejabat Menteri melibatkan pegawai-pegawai kanan menteri.
”Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan sesekali berkompromi dengan isu seperti ini. Menteri juga begitu kerana itu adanya cleaning up.
“Kita telah difahamkan lima pegawai lantikan telah ditamatkan kontrak sementara seorang ditukar ke JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). Mereka ini tidaklah dipecat begitu sahaja, dua daripada mereka pernah ditahan SPRM untuk beberapa hari. Juga isu kerja, prestasi tidak begitu baik.
“Masing-masing sudah diberikan surat pemberhentian dan penukaran jabatan, kita tunggu kenyataan rasmi,” katanya.
MalaysiaGazette sedang cuba mendapatkan pengesahan berita namun belum mendapat sebarang maklum balas setakat ini.
Dalam pada itu, seorang lagi sumber yang berada di KSM berkata, khabar angin ini belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak.
“Kita tunggu esok sahaja, baru kita akan tahu. Memang cerita ini bertiup kencang sejak malam tadi lagi, semua terkejut tapi belum tahu apa-apa lagi,” ujarnya.
Sebelum ini, Sivakumar pernah bertindak menggantung tiga pegawai kanan termasuk setiausaha sulit kanan dan seorang pegawai tugas-tugas khas yang ditahan SPRM berhubung siasatan rasuah terhadap kelulusan pekerja asing.
Carian MalaysiaGazette dalam sistem direktori kakitangan KSM menunjukkan nama-nama pegawai ‘lama’ masih lagi tertera. -MalaysiaGazette
Zahid Hamidi TPM KANAN ke KIRI?
Tugas dia hadir jamuan Raya dan menyuarat UMNO terlambak di Media lelain Tarak….
Bantulah ANWAR IBRAHIM umum kes-kes RASUAH dan PEROMPAK serta PENDAKWAAN. Ni hanya mengiring ANWAR je kerjanya kekadang berjalan pun *MENGERENG* langkah dia. Kalau takat BAKAT tu .. baik suruh Wan Azizah
Apa yg kamu merepek ni labu