Mohd Puad Zarkashi.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa bukan lagi ‘bermimpi’, sebaliknya kemaruk untuk membentuk kerajaan baharu.

Walaupun Setiauasaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa tidak pernah bermimpi atau mengigau untuk menubuhkan kerajaan baharu, namun Ketua Pembangkang itu mendoakan perkara tersebut menjadi kenyataan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

“Kalau sampai berdoa, itu ‘kemaruk’ namanya. Mengenali Hamzah dia akan buat apa sahaja seperti mana dia sanggup tinggalkan UMNO.

“Cuma kali ini dia disusahkan oleh ‘Akta Anti Lompat Parti’. Tetapi Hamzah pakar tebuk atap. Dia akan tebuk individu individu yang masih ada di sana dan di situ. Hamzah bijaksana dan bijaksitu,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Semalam, Hamzah dilapor menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa PN sudah mempunyai cukup sokongan untuk menjatuhkan kerajaan.

Beliau turut menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau bermimpi dan mengigau setiap minggu kerana didakwa ‘menjaja’ mempunyai ‘angka’ untuk membentuk kerajaan.

Malah, Hamzah mendakwa Anwar yang sebenarnya mengigau kerana takut kedudukannya akan diambil alih oleh PN. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bila la parti nak bg jawatan besar2 kat Pakcik Puad ni. Berbuih dah mulut keluar statement bedal org sana sini. Tp wak jahid tak peduli pun. Tabah betul pakcik puad mengejar impian..

Comments are closed.