Mohamad bersama Salahuddin ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Rahmah Aidilfitri anjuran Amanah Pulau Pinang hari ini.

TELUK KUMBAR –  Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menolak dakwaan UMNO sedang merisik untuk bertanding pada kerusi milik parti berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Sebaliknya, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan risikan kerusi itu sebagai perkara biasa.

Mohamad.

“Itu perkara biasa dan dalam perbincangan kita.

“Bagaimanapun, keputusan akhir hanya akan ditentukan oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan juga Kerajaan Perpaduan,” katanya pemberita hari ini.

Terdahulu, Mohamad menghadiri Majlis Rumah Terbuka Rahmah Aidilfitri anjuran Amanah negeri, di sini.

Hadir sama, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kesediaan memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding pada kerusi Amanah, Mohammad menjelaskan, ia masih di peringkat rundingan.

“Saya tak boleh kata kita bersedia (beri kerusi pada UMNO) atau tidak tapi kita sedang berunding.

“Apa saja keputusan akan dibuat selepas berunding dan selalunya rundingan akan selesai bila hampir pilihan raya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. kenapa Zahid tak tunjuk MUKA Rumah Terbuka ni? Mat Sabu kata dah tu.. harap Zahid hadam maksud akhir keputusan.
    Zahid pergi mana? iring siapa? macam jurupandu pelancong lak lagak Zahid ni.. atau sesuai sebagai pengawal yang suka Bab HIDU-HIDU tu….
    goodbye Zahid….

Comments are closed.