najib razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa membayar harga yang sangat mahal apabila melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta subsidi bersasar untuk kepentingan dan kebaikan negara.

Malah penganalisis politik, Lim Sian See berkata, Najib dikecam teruk oleh pihak lawan ketika memperkenalkan dua inisiatif tersebut.

Namun katanya, empat pentadbiran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berhasrat dan merancang untuk mengembalikan subsidi bersasar dan GST sebab faham ia langkah yang paling adil dan amat diperlukan untuk menyelamatkan ekonomi negara.

“Benda dah elok masa dulu. Tapi korang juga yang jahanamkan.

“Najib yang berani buat masa dulu tetapi digunakan oleh mereka sebagai modal untuk hasut rakyat untuk membenci Najib,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Sian See menambah, setelah memerintah negara, pentadbiran kerajaan selepas era Najib ingin melaksanakan semula GST dan subsidi bersasar namun mereka tidak berani berbuat demikian.

“Sementara itu, ekonomi negara semakin jatuh ke belakang negara-negara jiran yang sudah melaksanakannya,” jelasnya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. gst kepala bapak kau . cukai laknat ciptaan kafir itu lah yang kamu suka . sebab kamu boleh merompak rizki orang miskin secara berlesen .

    • Jadi kamu lg suka dgn cukai SST yg kadarnya lebih dari 6% yg PH 22 bulan buat sbg ganti GST yang ternyata jauh lebih membebankan orang miskin sbb harga2 barang tidak mudah dikawal sebaliknya makin mencanak naik gara2 GST dimansuhkan?? kamu ketinggalan keretapi atau duduk di gua ker apa?? lebih kurang 40 jenis barangan asas dan perkhidmatan telah dikecualikan GST spt minyak masak, tepung, beras, roti dll selain hasil kutipan kerajaan BN pulangkan balik kpd rakyat melalui bantuan2 terus spt BRIM dsbnya jadi mana asasnya kamu kata ia merompak rezeki org miskin??

  2. keluarkan Najib Dari Kajang Dan serahkan pm kpdnya semula utk dia selesaikan ajenda yg belum selesai, Iktiraf Uec, tambah peruntukan utk sekolah rendah & menengah China, selaras dgn matlamat MCA yg nak jadikan sekolah China sebagai sistem pendidikan PERDANA.

Comments are closed.