DSP Shahnaz Akhtar Haji (Gambar fail)

ALOR SETAR – Dua penunggang motosikal maut manakala seorang pembonceng cedera dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap, dekat Yan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata dalam kejadian kira-kira 9.15 malam itu, mangsa yang maut ialah Mohd Khatib Sharbini Tajuddin, 41, dan Nur Aina Ellysya Abdul Hadi, 13, manakala adiknya, Nur Aina Syafiqa Abdul Hadi, 11, mengalami kecederaan.

“Kejadian berlaku ketika Mohd Khatib Sharbini yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Sungai Limau Dalam menghala ke Kampung Bahagia manakala Nur Aina Ellysya bersama adiknya yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Kampung Bahagia menghala ke Sungai Limau Dalam.

“Tiba di tempat kejadian, motosikal dua beradik itu telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggangi Mohd Khatib Sharbini. Akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shahnaz Akhtar berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Yan untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis sedang mengesan saksi kejadian itu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast