pengeluaran KWSP
Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Perjuangan rakyat menuntut pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar tiada kaitan dengan tekanan politik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, perjuangan tersebut juga bukan langkah popular.

“Rakyat hilang kerja, kereta motor kena tarik, sewa rumah tak dapat nak bayar, ini bukan tekanan politik.

“Ini juga bukan modal pilihan raya negeri (PRN) enam negeri. Ini realiti pencarum-pencarum hadapi kini,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Rakyat hilang kerja, kereta motor kena tarik, sewa rumah tak dapat nak bayar.

Anwar berkata, walaupun keputusan itu tidak popular, kerajaan perlu memastikan simpanan masa depan pencarum terjamin.

Dalam perkembangan sama, Wan Saiful meminta Anwar menjelaskan tentang isu pencarum yang disenarai hitam berdepan masalah apabila wang pinjaman yang diluluskan melalui Fasiliti Akaun 2 (FSA2) disekat.

“Permohonan lulus, duit tak dapat, tapi kena bayar ansuran bulanan.

“Ini menimbulkan keresahan mereka yang menuntut Menteri Kewangan beri penyelesaian,” jelasnya. – MalaysiaGazette