Datuk Hasanuddin Mohd Yunus

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dilantik sebagaiYang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu.

Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr Adi Anuar Azmin @ Che Wan pula dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua bagi badan dakwah itu.

Lantikan bagi kedua jawatan bukan eksekutif ini berkuatkuasa pada 3 Mei 2023.

Hasanuddin berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan hal ehwal masyarakat sesuai dengan gerak kerja YADIM yang akan melibatkan dakwah kepada orang ramai, kata kenyataan YADIM hari ini.

Beliau sebelum ini aktif dalam aktiviti kemasyarakatan selain terlibat dengan badan badan bukan kerajaan.

Dr Adi Anuar pula merupakan pensyarah kanan di Universiti Malaysia Perlis yang bertugas di Fakulti Perniagaan dan Komunikasi.

Sesuai dengan penglibatan beliau dalam bidang pendidikan, lantikan ini akan membantu YADIM dalam melahirkan daie-daie muda muda dakwah di negara ini.

YADIM percaya dengan pengalaman dan kepimpinan dua tokoh ini akan meningkatkan kemampuannya sebagai badan dakwah yang menyebar nilai nilai murni Islam dengan Rahmah sesuai dengan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara Madani. – MalaysiaGazette