Michelle Chai.

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan susulan kekalahan memalukan skuad wanita negara kepada Filipina dalam acara berpasukan di Sukan SEA Kemboja 2023 semalam.

ABM dalam satu kenyataan berkata, Michelle mengambil keputusan tersebut sebagai tanggungjawab akibat keputusan kurang memberangsangkan barisan pemain negara baru-baru ini.

Pada masa sama, badan induk badminton Malaysia itu turut memaklumkan bahawa Pengarah Prestasi Tinggi ABM, Dr. Tim Jones turut dilepaskan daripada tugas tersebut dengan serta-merta.

Foto Facebook BAM.
“ABM mengesahkan, bagi mengambil tanggungjawab atas prestasi kurang memberangsangkan pemain-pemain Malaysia, Michelle Chai sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ABM.

“Selain itu, ABM juga ingin memaklumkan Dr. Timothy John Jones, iaitu Pengarah Prestasi Tinggi ABM turut dilepaskan daripada tugas berkuatkuasa serta-merta,” kata ABM di Facebook Persatuan Badminton Malaysia.

Semalam, Michelle sudah memberi bayangan awal beliau sedia melepaskan jawatan tersebut selepas meluahkan kekecewaan terhadap kekalahan skuad badminton wanita negara di Sukan SEA.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast