Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi pegawai penjara ketika hadir ke mahkamah bagi sambung perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 08 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak masih mengalami dihidrasi dan cirit birit yang memerlukan beliau terus dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sebelum ini, bekas Perdana menteri itu diberikan cuti sakit dua hari dan ditambah satu hari ini dengan kakitangan hospital akan memantau keadaan kesihatan beliau sebelum dibenarkan pulang ke Penjara Kajang pada hari ini.

Kelmarin, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas Pakar Perubatan Klinikal HKL, Dr Mohd Fadli Zil Ikram Karim memberikan cuti sakit selama dua hari kepada Najib.

Memandangkan keadaan beliau tidak berubah, prosiding 1MDB ditangguhkan sekali lagi.

Hari ini, Dr Mohd Fadli yang dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai keadaan Najib berkata: “Ketika membuat rutin rondaan klinikal pada jam 7.20 pagi tadi, Najib mengadu masih lagi berdepan dengan masalah cirit-birit.

“Selepas pemeriksaan kita dapati beliau masih mempunyai masalah cirit-birit yang aktif. Selepas membuat pemeriksaan, kami dapati beliau berisiko tinggi untuk mengalami masalah kekurangan air dan risiko tekanan darah rendah,” katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya.

Menurut beliau, Najib tidak sihat untuk hadir perbicaraan pada hari ini dan selepas berbincang dengan perunding HKL, pihaknya memutuskan memberikan cuti sakit kepada Najib pada hari ini,” katanya.

Berikutan itu, Collin menangguhkan perbicaraan pada hari ini dan prosiding akan bersambung pada 21 Jun depan dengan pendakwaan memanggil saksi baharu.

Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. SAKIT UNTUK PERBICARAAN MAHKAMAH
    Sian Najib selalu SAKIT..
    berilah UBAT SEHAT. caranya?
    menuntut dengan President Wak Welanon….
    Setiap 30jam sebelum ke Mahkamah dia SAKIT TENAT… merangkak pun tak mampu.
    Bagi dia:-
    Jawatan
    Bebas kesana-sini
    Passport
    kini…. SIHAT MELAMPAU selsema pun TIADA.
    dia kata Allah beri kesihatan tu…
    Najib perlu menuntut ilmu Wak Welanon tu

Comments are closed.