KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, PU Syed membantah penganjuran konsert kumpulan rock popular Britain, Coldplay yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November depan.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Syed atau nama penuhnya Syed Mohd. Bakri Syed Ishak Benyahya turut mempertikai tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengalukan kedatangan kumpulan tersebut.

Syed berkata, budaya hedonisme atau hiburan melampau dalam kalangan masyarakat sepatutnya dihentikan selain menyifatkan ia tidak mendatangkan maanfaat kepada agama serta bangsa.

“Jika pemimpin tertinggi negara pun mengalu-alukan kedatang kumpulan ini ke Malaysia, tak tahu nak kata apa dah..

“Ucapan selamat datang daripada PMX ini takkan menjadikan kami untuk turut mengungkap kalimah yang sama kepada mereka!! لا مرحبا ولا أهلا!!

“Kami bantah penganjuran konsert tak bermanafaat kepada ummah ini. Hentikan budaya hedonisme dalam masyarakat,” tulisnya di media sosial milik beliau.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong pendapat dilontarkan pendakwah berusia 41 tahun itu dengan membandingkan kesukaran segelintir golongan pendakwah yang tidak dibenarkan memberi ceramah kerana tiada tauliah.

Bagaimanapun, terdapat segelintir individu tidak bersetuju dengan bantahan PU Syed kerana negara ini juga mempunyai masyarakat berbilang kaum yang bebas untuk berhibur.

Coldplay yang dianggotai Chris Martin, Johnny Buchland, Guy Berryman dan Will Champion dijadual mengadakan konsert berkenaan bersempena persembahan jelajah dunia, Coldplay Music of the Spheres. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kenapa nak pelik? Tak pelik pun..He is Msia PM..he has EVERY right to say Welcome To Msia..Kalau nak pelik..fikir..kenapa yang banyak perasaan hasad dengki kaum melayu? tu pelik..yang ingat depa ada hak buat apa sahaja dan kata apa sahaja, bila org lain buat melenting..itu pelik..Org luar yang menabur dan menolong membersihkan sungai kita yang dikotorkan oleh rakyat negara sendiri, apa rakyat negara sendiri tu usaha..itu pelik..

Comments are closed.