KUANTAN – Pengesahan borang biasiswa pendidikan Yayasan Pahang (YP) kini tidak perlu ditandatangani wakil rakyat kawasan berkenaan mulai tahun ini
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemansuhan itu dibuat berikutan pemohon boleh memohon secara atas talian, sekali gus memudahkan proses permohonan biasiswa.
”Selain itu, ia juga memudahkan lagi wakil rakyat di mana pengesahan hanya akan dibuat oleh pihak sekolah sahaja secara atas talian,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15, di sini, hari ini.
Rosli memohon penjelasan kanapa ADUN pembangkang tidak diberikan kelayakan untuk menandatangani borang biasiswa bagi pelajar-pelajar di bawah kawasan DUN yang dimenangi. – MalaysiaGazette