Budak lelaki berusia enam tahun menunjukkan cara pemanduan kepada pihak polis.

LANGKAWI – Tiada unsur mistik dalam kejadian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun memandu kereta milik keluarga sehingga terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Tangga, di sini, kelmarin.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, berdasarkan siasatan polis, kanak-kanak berkenaan tahu cara memandu kereta termasuk mengendalikan pedal minyak.

“Selain itu, kanak-kanak berkenaan turut menunjukkan cara menghidupkan enjin kereta serta mengendalikan gear undur serta jalan ke hadapan ketika pegawai penyiasat memintanya mengulangi perbuatan tersebut untuk membantu siasatan.

“Pemeriksaan melalui dashcam, kita mendapati pemanduan kanak-kanak itu tidak begitu stabil ketika kejadian pada malam tersebut.

“Kalau kita lihat sedikit ke lorong bertentangan dan kadang ke kiri dan kanan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut Shariman berkata, kanak-kanak itu bersama adiknya berusia tiga tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai yang terletak kira-kira lima kilometer dari kediaman mereka.

“Mereka dikatakan ingat laluan berkenaan namun terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke kedai berkenaan,” ujarnya.

Media semalam melaporkan seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan selepas kereta yang dipandunya terbabas dalam kejadian di Jalan Bukit Tangga, di sini.

Kejadian jam 11.25 malam itu mengejutkan penduduk kampung yang menyelamtkan mangsa apabila mendapati kereta jenis Vios itu dipandu kanak-kanak lelaki berusia enam tahun bersama adiknya berusia tiga tahun. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Senangnya jawapan budak tu tahu memandu kereta..kelayakan memiliki lesen memandu 7mur berapa. Apa tindakan PDRM terhadap ibu bapa. Jangan lah kedaulatan undang undang diMalaysia dikuasai oleh golongan IQ GORILA .

Comments are closed.