Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Kerajaan Pahang melalui Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang peruntukan RM1.217 juta dalam membanteras 107 penerokaan tanah secara haram pada tahun lalu.

Menteri Besar,  berkata, peruntukan itu digunakan bagi tujuan pemusnahan, penyitaan dan lain-lain usaha pemantauan yang digerakkan secara bersepadu.

”Kerajaan Pahang berjaya membanteras penerokaan tanah secara haram terutamanya dalam Ops Lestari di Cameron Highlands selepas penubuhan Skuad Elit tersebut  pada 15 Oktober 2019.

“Skuad Elit ini berperanan melakukan risikan awal dan serbuan ke kawasan yang didapati telah melakukan penerokaan haram.

”Kita akan terus memperhebatkan lagi aktiviti penguatkuasaan ini agar kelestarian alam sekitar terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini, hari ini. – MalaysiaGazette