seorang pelajar dibelasah pelajar senior tingkatan lima kerana selisih faham tidak hormat dalam kejadian di sekolah menengah di Taman Melawati 2, Ampang Isnin lalu.

KUALA LUMPUR – Polis selesai mengambil keterangan tujuh pelajar sebuah sekolah menengah di Taman Melawati, di sini, bagi membantu siasatan kes buli yang melibatkan seorang pelajar tingkatan tiga,

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mereka terdiri daripada tiga suspek dan empat saksi dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 323 Kanun keseksaan.

“Orang ramai dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar dakwa cedera dipukul, ditendang akibat perselisihan faham

Semalam, Mohamad Farouk berkata, seorang pelajar tingkatan 3 mendakwa beliau dibula pelajar senior sekolah yang sama.

Katanya, pengadu mendakwa ditumbuk di bahagian dada kiri, dicekik dan ditendang bahagian belakang badan oleh seorang pelajar lelaki tingkatan 5 yang dikenalinya semasa berada di tangga sekolah tersebut pada jam 9.30 pagi 8 Mei lalu.

Tambah beliau, pelajar lelaki itu juga mendakwa dia diugut akan di siku di bahagian muka oleh pelajar senior itu sekiranya tidak berjumpa di Anjung Selera.

“Pada jam lebih kurang 3 petang pada hari sama kejadian, mangsa telah diajak oleh lima suspek pelajar ke Bukit Mar Mar, Kemensah lalu dipukul,” tambah beliau. -MalaysiaGazette