Mikel Arteta. Foto Sky Sports.

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memohon maaf kepada penyokong Arsenal selepas pasukannya tewas 0-3 kepada Brighton di laman sendiri awal pagi tadi, sekali gus menamatkan impan mereka untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Gol babak kedua daripada Julio Enciso, Deniz Undav dan Pervis Estupinan memberikan Brighton kemenangan penting di Stadium Emirates yang membolehkan Manchester City hanya memerlukan satu kemenangan lagi daripada tiga baki perlawanan musim ini untuk dinobatkan sebagai juara.

Malah, City mungkin boleh mengesahkan gelaran mereka seawal Sabtu ini seandainya Arsenal tewas kepada Nottingham Forest memandangkan kedua-dua pasukan di tangga teratas itu kini dibezakan empat mata.

City pula berkelebihan satu perlawanan dalam tangan berbanding Arsenal, yang gagal mencatatakan kemenangan dalam lima daripada tujuh perlawanan terakhir.

“Kami perlu memohon maaf kepada penyokong kami, terutama atas apa yang berlaku dalam babak kedua.

“Saya terlebih dahulu perlu menerima apa yang berlaku dalam babak kedua dan memahaminya.

“Selepas itu, sehingga ia tamat secara matematik dan tempat kedua sudah berrada dalam tangan,” katanya penuh kecewa kepada The Sun.

Sebagai rekod, sejak Arsenal menewaskan Leeds United 4-1 pada 1 April lalu, The Gunners berada lapan mata di hadapan City dan mengawal perebutan kejuaraan.

Bagaimanapun sejak itu, anak buah Arteta hanya meraih dua kemenangan daripada tujuh perlawanan dan diketepikan di City bulan lalu.

Arsenal mencapai kemajuan besar musim ini, setelah menduduki tempat kelima musim lalu, namun Arteta yang kecewa boleh melihat beberapa perkara positif selepas pasukannya menyerah kalah kepada Brighton pada separuh masa kedua.

Kemenangan City ke atas Everton di Goodison Park menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola berpotensi meratakan mood Arsenal sebelum sepak mula dan persembahan The Gunners, terutama separuh masa kedua yang boleh dikatakan paling teruk musim ini. – Agensi