Mohd Khairuddin Aman Razali masjid terengganu kematian jamaah Islam Khairuddin Aman Razali MN Nurul Izzah adu domba penasihat kerajaan
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sebarang usaha untuk mengubah kerajaan hanyalah gula-gula untuk menggembirakan penyokong parti pembangkang.

Menurut beliau, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam memberi mesej permuafakatan dalam Kerajaan Perpaduan semakin utuh.

“Selagi UMNO dengan 30 kerusi bersama dengan Pakatan Harapan (PH) yang memiliki 82 kerusi sudah cukup bilang 112.

“Sokongan padu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan 23 Ahli Parlimen menerusi ucapan pemimpin mereka secara jelas memberi mesej keselesaan mereka dengan Kerajaan Perpaduan kerana mereka mendapat apa yang mereka perjuangkan selama ini.

“Dokongan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan juga memberi mesej kekuatan kerajaan perpaduan semua dengan 148 Ahli Parlimen,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mohd Khairuddin menambah, di bawah Kerajaan Perpaduan, wujud jaminan bahawa Islam, raja-raja Melayu, hak bumiputera dan bahasa Melayu terus diperkasakan sebagai teras negara di sebalik kemajmukan rakyat. – MalaysiaGazette