ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan pada minggu keempat bulan hadapan.
Menurut beliau, tindakan lanjut selepas pembubaran berkenaan adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk hari penamaan calon dan hari pengundian.
“(Selepas ini) kita akan hadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), sempena PRU-15, enam negeri akan adakan PRN, (sebelum ini juga) saya telah maklumkan lebih awal dalam sidang DUN (berhubung pembubaran DUN).
“(Jadi) kita akan bubarkan DUN ini penghujung bulan Jun (ataupun secara spesifik) pada minggu keempat, (tindakan) kemudiannya terpulanglah kepada SPR untuk tentukan tarikh pilihan raya (dan sebagainya),” katanya menurut laporan Awani.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Setar di sini hari ini.
Dalam perkembangan berasingan, beliau menyatakan bahawa berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinannya yang genap tiga tahun mengambil alih pentadbiran negeri Jelapang Padi itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu juga menyifatkan pengalaman yang dilalui dalam tempoh berkenaan sebagai Menteri Besar Kedah amat mencabar.
Ini kerana jelasnya, kesemua bekas Menteri Besar negeri itu disifatkan beliau sebagai individu yang sangat hebat.
Sanusi juga secara berseloroh menzahirkan rasa lega selepas tidak menjadi Menteri Besar yang paling singkat mentadbir negeri itu.
Untuk rekod, Perikatan Nasional (PN) memiliki komposisi kerusi tertinggi di DUN Kedah dengan 21 kerusi dimana Pas mempunyai 15 kerusi diikuti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan enam kerusi.
PH pula memiliki 10 kerusi DUN, Barisan Nasional (dua kerusi) dan Parti Pejuang Tanah Air (dua kerusi). – MalaysiaGazette
Wak Welanon dan jemaah pencacai…
jika MP PRU15 UMNO SAPU 2/3 membentuk kerajaan (2/3= 26 KERUSI) agak-agak kena guna calculator atau pakai JARI nak kira SAPU kerusi DUN KEDAH? Pokcik Puad, Lokman Adam, Hisham Jalil, Ahmad Maslan terutama President Wak Welanon boleh buat kenyataan..
goodbye Zahid Hamidi