LONDON – Penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale menyambung tawaran kontrak baharu selepas pemain antarabangsa England itu membuktikan dirinya sebagai watak penting di Stadium Emirates sejak dia dibeli daripada Sheffield United pada 2021.
Perjanjian Ramsdale sebelum ini akan tamat pada 2025 dan dilanjutkan hingga 2026 dengan Arsenal mempunyai pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi.
Ramsdale tampil 39 kali untuk Arsenal musim ini dan mengekalkan rekod 15 gol tanpa bolos dalam semua pertandingan.
Pengarah Sukan The Gunners, Edu berkata, amat bagus bagi kelab itu mencapai kesepakatan dan melengkapkan kontrak baru dengan Aaron.
“Kami menikmati begitu banyak detik positif dalam persembahannya sepanjang dua tahun bersama kami dan kami menantikan lebih banyak potensinya lagi.
“Kita juga harus ingat bahawa Aaron masih sangat muda, jadi masih banyak lagi perkembangan yang akan ditawarkannya sambil kami terus membina asas barisan muda ini,” katanya di laman sosial Arsenal. – Agensi