Home Nasional Kecoh penyokong Perak, Selangor: 4 lelaki ditahan

Kecoh penyokong Perak, Selangor: 4 lelaki ditahan

KUALA LUMPUR – Empat lelaki ditahan susulan insiden kekecohan yang berlaku antara penyokong Perak FC dan Selangor FC di Stadium Perak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kesemua mereka yang ditahan itu adalah lelaki tempatam itu berusia antara 18 hingga 26 tahun.

Tangkapan itu selepas polis mengesan satu video kekecohan yang berlaku itu tular dalam aplikasi WhatsApp.

“Kejadian itu berlaku semasa perlawanan bola sepak Liga Super di antara pasukan Perak FC dan Selangor FC.

“Bagaimanapun, polis dapat mengawal kekecohan yang berlaku dan menahan keempat-empat lelaki terbabit,” katanya.

Ujian saringan air kecil ke atas salah seorang suspek mendapati positif ganja.

Kesemua tahanan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette