Davide De Gea. Foto Sky Sports.

LONDON – Penjaga gol Manchester United, David De Gea dinobatkan pemenang anugerah Sarung Ta­ngan Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim 2022-23 selepas mempamerkan aksi cemerlang.

Skuad The Red Devils berjaya menewaskan Bournemouth 1-0 kelmarin sekali gus meletakkan skuad kendalian Erik Ten Hag tersebut kini hanya memerlukan satu mata untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Penjaga gol dari Sepanyol itu mengekalkan rekod bersihnya yang ke-17 tanpa bolos musim ini dan kali terakhir dia memenangi Sarung Tangan Emas pada musim 2017/18.

“Sarung tangan emas ini bukan hanya mengenai saya sahaja. Ini bermakna saya dan pasukan melakukan kerja yang baik.

“Kami telah kukuh sepanjang musim. Saya rasa saya telah bermain dengan sangat baik musim ini dan saya telah membantu pasukan sebaik mungkin,” katanya.

Kontrak De Gea akan ber­akhir hujung bulan depan dan dia dijangka menandatangani perjanjian bersama juara 20 kali EPL tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast