Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memandang serius isu kekurangan bekalan gula di Negeri Kedah seperti yang tular di media.

Sehubungan itu, KPDN menasihatkan kepada para peniaga agar menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih bertanggungjawab dan beretika.

Ia turut mengingatkan para peniaga tidak mengenakan apa-apa pembelian bersyarat atau menyorok bekalan gula kerana tindakan boleh dikenakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, KPDN Negeri Kedah telah menggerakkan seramai 176 orang Pegawai Penguat Kuasa bagi memantau serta menangani isu kekurangan bekalan gula melalui OPS
Manis.

Sehingga kini sebanyak 214 pemeriksaan berkaitan gula telah dijalankan di seluruh negeri Kedah merangkumi sektor pemborong dan peruncit serta satu pemeriksaan di kilang pengeluar.

Menurutnya, sehingga 20 Mei 2023, kedudukan bekalan gula di 20 pemborong utama di Kedah yang dibekalkan oleh MSM Holdings Berhad dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd telah berjaya dipulihkan ke tahap 796.721 metrik tan (MT).

Selain itu, bekalan gula di Negeri Kedah juga ditampung melalui Inisiatif Jualan Rahmah kepada rakyat di lokasi yang didakwa terjejas bekalan gula bermula 22 Mei 2023dengan harga yang ditawarkan ialah RM5 bagi setiap 2 kg.

Lokasi – lokasi Program Jualan Rahmah adalah seperti berikut:

i. Ben Eng Huat
Masa Jualan: 10.00 pagi
Jumlah Stok Gula Tersedia :1,000 KG

ii. Pasar raya Kawan Kita Sik
Masa Jualan: 1.30 petang
Jumlah Stok Gula Tersedia: 1,000 KG

iii. Pasar raya Kawan Kita Gurun
Masa Jualan: 1.30 petang
Jumlah Stok Gula Tersedia: 1,000 KG

iv. Pasar raya Kawan Kita Ambangan Height
Masa Jualan: 3.00 petang
Jumlah Stok Gula Tersedia: 2,000 KG

KPDN juga menyeru supaya pengguna agar tidak membuat pembelian panik kerana tindakan berkenaan boleh menjejaskan rantaian bekalan gula di pasaran.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Pasaraya Bumiputera tak kasi sedikit portion ka utk join? Kata nak bantu rakyat tak kira bangsa.

  2. pekedai jangan sorok gula dan kerajaan jangan naik harga gula….mudahkan??

Comments are closed.